Halaman

RINDU

Rindu,kadang rindu ni kita susah nak ungkap
lagi'lagi orang yang dah tinggalkan kita..jujur aku terlalu
rindukan pada insan yang dh membuatkan aku begitu bahagia

Perpisahan,perpisahan antara dua insan bukanlah hanya sekadar
orang ketiga,kadang ia berpunca dari kita sendiri yang tak bersungguh
untuk kekalkan hubungan kita.kadang kita tak penuhkan impian seseorang
hingga seseorang itu pergi tinggalkan kita.jujur aku masih mgharapkan
hubungan yang pernah terjalin bsama dia.

Dalam sesuatu hubungan pasti ada tawar manisnya..tapi kalau duadua
mampu untuk mengawal pasti dapat mengatasi masalah yang dialami
jujur aku cuba sedaya upaya utk mengatasi masalah antara aku dan dia
tapi...begitu sukar utk dia menerima,

Kebahagiaan.semua mahukan kebahagiaan bersama yang tersayang
kadang kebahagiaan itu menjadi kesedihan untuk kita kerana
kita semestinya allah dah rancang untuk kita,kita hanya mampu berdoa
jika dia bukan utk kita,kita hanya mampu doakan dia bahagia walaupun 
bukan dia kita sekalipun...

Sayang,sayang yang kita selalu ungkapkan pada sidia yang begitu istimewa
segala kenangan segala apa yang kita lalui masih segar dalam ingatan aku
gambar mu menjadi tatapan bila aku rindu,video yang kamu bagi menjadi
hobi utk aku lihat bsama anak buah ku yg dapat belajar dan fahami 
tentang pengorbanan nabi ibrahim.

Aku terlalu sibuk bekerja bukan aku lupakan janji janji yang pernah aku katakan
pada kamu,cuma aku sedang mengumpul duit untuk berjumpa untuk melangkah
yang lebih serius,itu yang aku katakan pada keluargaku memandangkan umur
 makin meningkat dan aku sudah bersedia pingkul tanggungjawab yg lagi besar.

Doa,setiap doaku pasti ada kamu utk aku mendapatkan pentunjuk dari ilahi 
dan ingin membahagiakan kamu sebagai suami isteri,itulah yang aku inginkan.
tapi..semua sudah terlambat,nak menyesal sudah terlambat,salah aku juga
sembunyikan hasrat,salah aku kerana terlalu sayangkan kamu hingga aku
menuduh kamu smpai kamu tinggalkan aku..kesalahan yang kamu
buat tanpa beritahu aku pergi genting jujur aku sedikit kecewa,macam mana
kamu kecewa dengan sikap aku menuduh,tapi aku tak salahkan kamu
aku maafkan segalanya,dan aku mintak maaf andai aku tak pernah menjadi
teman yang membahagiakan kamu selama kita bersama.

Terima kasih mengajar aku erti sakitnya ditinggalkan orang yang kita sayangi
perasaan aku masih sama,masih sama mengharapkan kamu kembali,masih teringat
kenangan kita bersama,suka duka kita bersama,marah kamu paling aku rindukan
makin aku cerita makin berkaca mata,aku rindukan kamu,terlalu rindu
kamu milik orang lain,dan aku masih disini mengharapkan kamu...
semoga bahagia bersama pilihan hati kamu,dan semoga menjadi cikgu
yang membuatkan kanak kanak menyukai kamu..